Friday, June 4, 2010

pengenalan kelab puncak kg sungai batu besi


kelab puncak bagi cawangan kampung sungai batu besi bermula pada awal tahun 2006. ianya bermula dengan kelas tuisyen percuma kepada kanak-kanak sekolah rendah di sini. bangunan awalnya ialah bertiangkan kayu bakau dan pokok tembusu, berbumbungkan atap nipah.
kawasan kampung sungai batu besi ialah bersebelahan dengan sungai merbok yang banyak sejarahnya. kampung ini di kelilingi oleh pokok hutan kayu bakau yang kaya denbgan ekosistem.

kampung sungai batu besi dahulunya ialah sebuah pengkalan. lebih di kenali sebagai pengkalan utama ikan bilis di kawasan merbok, kedah. kini di sini masih wujud lagi pengkalan tersebut. kampung ini berdekatan dengan uitm merbok, mrsm merbok dan pengkalan jeti semeling. di hubungi oleh jalan raya dan jalan sungai atau laut.

kini, kelab puncak cawangan kampung sungai batu besi memfokuskan kepada program motivasi anjuran kelab dan organisasi luar. di sini di sediakan tapak perkhemahan, summer cam, pembenihan bakau, pengangkutan bot, pusat tuisyen terapung, surau dan tandas.

di sini juga sedang dibangunkan sebuah rumah rehat atau home stay yang mengadap sungai merbok. sebarang aktiviti perkhemahan dan penanaman bakau serta melibatkan alam sekitar di laksanakan disini.

No comments:

Post a Comment